Niat Puasa Ramadhan

NIAT PUASA RAMADHAN

Pengenalan

Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka

Adab Ketika Berpuasa Dibulan Ramadhan

  1. Bersegera ketika berbuka
  2. Bersahur
  3. Melewatkan sahur
  4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan
  5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar
  6. Meninggalkan perbuatan berbekam
  7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya
  8. Berdoa ketika berbuka
  9. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  10. Memperbanyakan sedekah, membaca Al-Quran dan beri’tikaf di masjid

Perkara Makruh Ketika Berpuasa Ramadhan

  1. Melewatkan buka puasa Ramadhan
  2. Tidak makan sahur
  3. Bersahur terlalu awal
  4. Tidak berdoa ketika berbuka puasa
  5. Bercakap dengan kata-kata keji dan lucah
  6. Mandi janabah selepas terbit fajar
  7. Berbekam
  8. Merasa makanan dan mengunyahnya
  9. Jarang bersedekah
  10. Tidak membaca Al-Quran dan beri’tikaf di masjid

Golongan Yang Diberi Rukhsah (Kemudahan) Untuk Berbuka Puasa

  1. Orang Musafir
  2. Orang sakit
  3. Perempuan yang mengandung dan menyusu bayi
  4. Orang tua yang lemah
  5. Pesakit yang tiada harapan sembuh

Lafaz Niat Puasa Ramadhan (Harian)

نَوَيتُ صَومَ غَدِِ عَن أَدَاءِ فَرضِ شَهرِ رَمَضَانَ هَذِهِ سَنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz Niat Puasa Ramadhan (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Sujud Syukur

SUJUD SYUKUR

Dalil Sujud Syukur

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya:

Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Hukum Sujud Syukur

Bersyukur dengan cara melakukan sujud syukur adalah sunnah.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Abi Bakrah, bahwa Nabi SAW apabila mendapatkan sesuatu yang disenangi atau diberi khabar gembira, segeralah tunduk dan bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah Ta’ala”.

(HR. Abu Daud, Ibnu Majjah dan Tirmidzi)

Cara Sujud Syukur

(Panduan ini ialah yang paling ringkas)

1. Niat

2. Takbiratul Ihram

3. Sujud (sekali sahaja)

4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur

نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَةَ للهِ تَعَالَى

Nawaitu sujudas syukri sunnatan lillahi ta’ala

“Saya niat melakukan sujud syukur sunnah karena Allah Ta’ala”

Bacaan Sujud Syukur

(salah satu bacaan yang boleh dibaca ketika sujud)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Subhaanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallahu wallahuakbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim.

“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.”

Kaifiyat Sujud Syukur

Di dalam kitab fiqh Syafi’e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwuduk, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat

Sujud Syukur Tanpa Wuduk & Menghadap Kiblat

Selain dari kaifiyat yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, terdapat juga perbahasan para ulama’ mengenai sujud syukur tanpa wudhu’ serta tidak pula menghadap kiblat.

Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wudhu’ perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat. Zahir hadith Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu’. Sekiranya memerlukan wudhu’ pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.

Pengertian Sujud Syukur

Sujud tanda terima kasih atas nikmat Allah SWT, Atau terhindar dari marabahaya

Hikmah Sujud Syukur

  • Memperoleh kepuasan batin berkaitan dengan anugerah yang diterima dari Allah SWT .
  • Merasa dekat dengan Allah sehingga memperoleh bimbingan dan hidayah-Nya.
  • Memperoleh tambahan nikmat dari Allah SWT dan selamat dari seksa-Nya.

Solat Sunat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBAT

Pengenalan

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa. Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Syarat-syarat Taubat

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Antara syarat-syarat taubat adalah:

1. Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu

2. Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut

3. Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat

(Panduan ini adalah salah satu cara menunaikan Solat Sunat Taubat)

  • Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.
  • Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat
  • Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Waktu Yang Sesuai Menunaikan Solat Sunat Taubat

Bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (Bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

Setelah berwuduk, mulakan solat sunat taubat dengan lafaz niatnya

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat Pertama

(Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah

dan diikuti oleh surah Al-Ikhlas atau surah lain yang dikehendaki)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . لاللَّهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Qul huwa Allahu ahad . Allahu assomad Lam yalid walam yulad . Walam yakun lahu kufuwan ahad

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Rakaat Kedua

Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah An-Nas

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (٦)

Qul a’uzu birabbin-nas , Malikin-nas , Ilahin-nas , Min syarril-waswasil-khannas Allazi yuwaswisu fi sudurin-nas , Minal-jinnati wan-nas

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Bacaan Didalam Sujud Terakhir

Selepas bacaan sujud bacalah Wirid / Doa Nabi Yunus sebanyak 40 Kali

لَّآ إِلَهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ لظَّلِمِينَ

Laa ilaaha illa Anta Subhanaka inni Kuntu Minazzolimin

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Selepas Memberi Salam

Beristighfar

(Sesudah salam, perbanyakkan istigfar dan mohon keampunan kepada Allah)

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِيْ لآ اِلهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ

Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih.

Selepas Memberi Salam

Zikir Taubat Nasuha

(Selepas itu anda boleh baca Zikir Taubat Nasuha)

Ila hilas tu lilfirdausi ahla, Wala aqwa ala naril jahim , Fahabblitau batau wagfir zunubi, Fainnakagho firuz zanbil azim

Selepas Memberi Salam

Doa Taubat

(Berdoalah memohon keampunan dan keredhaan Allah. Boleh juga membaca doa khusus seperti di bawah ini )

Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli magfirotan min indika warhamni, warhamni innaka antal gho-fuu rur-rahim.

Bersujud & Beristighfar

(Tambahan)

(Selepas itu bersujudlah sambil membaca penghulu istighfar )

اللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّاأَنْتَ

Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta khalaq-tanii wa anaa abduka wa anaa ‘ala ahdika wawa’ dika maas-tatha-tu a-uudzu-bika min syarrimaa shana-tu abuu-u laka bini’matika alayya wa abuu-u bidzanmmbi fagh-fir-lii fa-innahu laa yagh-firudz-dzunuuba illaa annta.

Solat Sunat Hajat

SOLAT SUNAT HAJAT

Pengenalan

Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan. “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” — Surah Ghafir ayat 60

Kelebihan Solat Sunat Hajat

  • Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  • Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  • Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
  • Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

  1. Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
  2. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
  3. Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. (Panduan ini ialah cara yang paling ringkas)

Waktu Yang Sesuai Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Namun lebih afdhal jika:

Dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud.

Waktu Yang Sesuai Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Lafaz Niat Solat Sunat Hajat

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat Pertama

Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Kafirun

(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ . لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ . لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Qul ya ayyuha alkafiruun . La a’budu ma ta’buduun Wala antum Aabiduuna maaA’bud . Wala ana Aabidun ma abadtum Wala antum Aabiduna maaAbadtum . Lakum diinukum waliya diin

Rakaat Kedua

Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas

(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . لاللَّهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Qul huwa Allahu ahad . Allahu assomad Lam yalid walam yulad . Walam yakun lahu kufuwan ahad

Berdoa Selepas Memberi Salam

Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.

Hajat Juga boleh dipohon dalam sujud selepas memberi salam

(boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)

Berdoa Didalam Sujud Yang Terakhir

Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja.

Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.

Sekadar Pandangan Berdoa

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki.

Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Biar Allah yang mengaturnya. InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.