Ya Zaljalali Wal Ikram

by | Jun 27, 2021 | Zikir | 0 comments

ZIKIR YA ZAL JALALI WAL IKRAM

Ya Zaljalali Wal Ikram

Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan

Amith nna ‘ala Dinil Islam

Matikanlah kami didalam agama Islam

Disebutkan dalam sebuah riwayat sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda; “Biasakanlah melafazkan Ya Dzal Jalali Wal Ikram ( Wahai Tuhan yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan).” Maksud daripada hadis ini adalah agar kita membiasakan dan memperbanyakkan mengucap lafaz tersebut. Ucapan yang serupa tetapi memilih nilai yang lebih besar adalah: “Ya Hayyu,Ya Qayyum (Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Yang Terus Menerus mengurus makhluknya).” Ada yang mengatakan bahawa lafaz “Ya Dzal Jalali Wal Ikram” merupakan nama yang paling agung bagi Allah, Tuhan semesta alam. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bagi seorang hamba untuk menyeru,memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan. (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu…… (al-Anfal;ayat 9)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hasbi Rabbi Jallallah

ZIKIR HASBI RABBIHasbi Rabbi JallallahCukuplah Allah sebagai tuhan Ma Fi Qalbi GhairullahTiada yang lain dihatiku melainkan AllahNur Muhammad...

read more