Sujud Syukur

by | Jun 27, 2021 | Solat | 0 comments

SUJUD SYUKUR

Dalil Sujud Syukur

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya:

Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Hukum Sujud Syukur

Bersyukur dengan cara melakukan sujud syukur adalah sunnah.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Abi Bakrah, bahwa Nabi SAW apabila mendapatkan sesuatu yang disenangi atau diberi khabar gembira, segeralah tunduk dan bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah Ta’ala”.

(HR. Abu Daud, Ibnu Majjah dan Tirmidzi)

Cara Sujud Syukur

(Panduan ini ialah yang paling ringkas)

1. Niat

2. Takbiratul Ihram

3. Sujud (sekali sahaja)

4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur

نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَةَ للهِ تَعَالَى

Nawaitu sujudas syukri sunnatan lillahi ta’ala

“Saya niat melakukan sujud syukur sunnah karena Allah Ta’ala”

Bacaan Sujud Syukur

(salah satu bacaan yang boleh dibaca ketika sujud)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Subhaanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallahu wallahuakbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim.

“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.”

Kaifiyat Sujud Syukur

Di dalam kitab fiqh Syafi’e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwuduk, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat

Sujud Syukur Tanpa Wuduk & Menghadap Kiblat

Selain dari kaifiyat yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, terdapat juga perbahasan para ulama’ mengenai sujud syukur tanpa wudhu’ serta tidak pula menghadap kiblat.

Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wudhu’ perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat. Zahir hadith Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu’. Sekiranya memerlukan wudhu’ pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.

Pengertian Sujud Syukur

Sujud tanda terima kasih atas nikmat Allah SWT, Atau terhindar dari marabahaya

Hikmah Sujud Syukur

  • Memperoleh kepuasan batin berkaitan dengan anugerah yang diterima dari Allah SWT .
  • Merasa dekat dengan Allah sehingga memperoleh bimbingan dan hidayah-Nya.
  • Memperoleh tambahan nikmat dari Allah SWT dan selamat dari seksa-Nya.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Niat Puasa Ramadhan

NIAT PUASA RAMADHANPengenalanPengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh...

read more

Solat Sunat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBATPengenalanSolat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah...

read more

Solat Sunat Hajat

SOLAT SUNAT HAJATPengenalanSolat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun...

read more