Solat Sunat Hajat

by | Jun 27, 2021 | Solat | 0 comments

SOLAT SUNAT HAJAT

Pengenalan

Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan. “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” — Surah Ghafir ayat 60

Kelebihan Solat Sunat Hajat

  • Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  • Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  • Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
  • Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

  1. Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
  2. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
  3. Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. (Panduan ini ialah cara yang paling ringkas)

Waktu Yang Sesuai Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Namun lebih afdhal jika:

Dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud.

Waktu Yang Sesuai Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Lafaz Niat Solat Sunat Hajat

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat Pertama

Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Kafirun

(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ . لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ . وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ . لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Qul ya ayyuha alkafiruun . La a’budu ma ta’buduun Wala antum Aabiduuna maaA’bud . Wala ana Aabidun ma abadtum Wala antum Aabiduna maaAbadtum . Lakum diinukum waliya diin

Rakaat Kedua

Selepas bacaan Al-Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas

(Rukun-rukun solat ini adalah sama seperti rukun solat biasa)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . لاللَّهُ الصَّمَدُ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ . وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Qul huwa Allahu ahad . Allahu assomad Lam yalid walam yulad . Walam yakun lahu kufuwan ahad

Berdoa Selepas Memberi Salam

Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.

Hajat Juga boleh dipohon dalam sujud selepas memberi salam

(boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)

Berdoa Didalam Sujud Yang Terakhir

Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja.

Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.

Sekadar Pandangan Berdoa

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki.

Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Biar Allah yang mengaturnya. InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Niat Puasa Ramadhan

NIAT PUASA RAMADHANPengenalanPengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh...

read more

Sujud Syukur

SUJUD SYUKURDalil Sujud SyukurDalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah...

read more

Solat Sunat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBATPengenalanSolat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah...

read more