Doa Qunut

by | Jun 27, 2021 | Doa | 0 comments

DOA QUNUT

Pengenalan

Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan qunut nazilah.

Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu’.

Manakala maksud secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri

Doa Qunut Bersendirian

Pada rakaat kedua solat fardu subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa (membaca doa qunut)

Bacaan Doa Qunut

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ

Allah hummah dinii fiiman hadait

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ

Wa’aa finii fiiman ‘aafait

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan

وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ

Watawallanii fiiman tawal-laiit

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ

Wabaariklii fiimaa a’thait

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ

Waqinii syarramaa qadhait

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

Wainnahu laayadzilu man walait 

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

Walaa ya’izzu man ‘aadait

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik

Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya

Hukum Membaca Doa Qunut

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.

Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.

Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.

Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa Buka Puasa

DOA BUKA PUASAAdab Berbuka Puasa1. Menyegerakan berbuka 2. Berbuka dengan kurma atau segelas air 3. Membaca doa berbuka puasa 4. Memberikan makanan...

read more

Doa Elak Penyakit

DOA ELAK PENYAKIT DAN WABAKاَللَّهُمُّ إِنِّيْ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأسْقَامِ.Allahumma inni...

read more